Masalah alam sekitar di kawasan C.Y.Choy sedikit sebanyak akibat dari kegiatan
perindustrian yang terdapat di kawasan itu
contohnya masalah bunyi .asap ,habuk ini telah menggangu keselesaan penduduk dimkawasan itu. Oleh
yang demikian cadangan untuk permindahan industri kekawsan baru adalah wajar kerana ia dapat
mengurangkan masalah alam sekitar .oleh
itu pemindahan itu menepati kehendak masyarakat yang mahukan kebersihan dan
keindahan alam sekitar. Sebagai contohnya bagi kegiatan industri
,mengikut penguatkuasaan peraturan dan undang –undang di bawah akta kualaiti dan alam
sekeliling (1974)telah membuat perancangan
dan ingin menempatkan
semula aktiviti pembangunan ekonomi yang dijalankan di kawasan
itu.Dengan adanya pengasingan tersebut ,mungkin ia dapat mengatasi masalah alam sekitar dari terus berlaku .
Keadaan bagi memastikan pencemaran sekitar
seperti bunyi bising dan habuk dari aktiviti perindustrian dan perdagangan
mengganggu keselesaan penduduk lain yang mana pada masa ini turut menempatkan
lot kediaman. Penguatkuasaan
peraturan-peraturan dan undang-undang di bawah akta kualiti alam sekeliling
1974 ( termasuk pindaan-pindaan ) di dalam membuat perancangan dan menempatkan
semua aktiviti pembangunan ekoran pelaksanaan perancangan guna tanah yang tidak
berkesan dan tiada penguatkuasaan serta penyelarasan.
Seperti
yang kita ketahui, kawasan c.y.choy
merupakan kawasan yang kurang
di beri perhatian oleh pihak
kerajaan terutama dari segi pembangunan .oleh yang demikian kemunduran
disitu bukan sahaja terhadap
pembangunan tapi hubungan
interksi juga kurang kerana masyarakat
di situ tidak berkomuikasi kesan
dari bahasa yang sukar di fahami.
Hubungan interaksi ini penting untuk menjaga kebajikan masyarakat di
situ .Di samping itu kawasan itu
agak gelap dan merbahaya kepada
mereka yang tidak biasa dengan
kawasan itu terutama pada waktu malam
,keadaan ini di tambah lagi dengan
kawasan itu sebaris dengan
kediaman “gangters”.selain itu kegiatan
industri yang berfungsi di situ
dikatakan agak gelap dan suram kerana keadaan ini boleh mendorong kepada penjenayah untuk melakukan
kerja yang tidak baik. Oleh yang demikian penduduk saling kenal
–mengenali antara satu sama lain dan
seterusnya akan dapat mengikat
ikatan perpaduan antara mereka.
Masyarakt perlu berkerjasama demi kepentingan bersama
sebagai contohnya Rukun tertangga telah di tubuhkan tapi tidak berfungsi sepenuhnya , ia boleh berfungsi semula sekiranya penduduk di kawasan itu mahu berkerjasama.
Demi menjaga kebajikan penduduk di
kawasan itu.
Dari apa yang kita ketahui ,keadaan di kawasan c.y. choy kurang memuaskan kerana kawasan itu mengalami pencemaran yang agak membimbangkan terutama pencemaran udara ,air dan bunyi ..keadaan ini
berlaku kerana kegiatan
industri atau bengkel
–bengkel yang giat berlaku seperti
bengkel –bengkel besi ,motor dan
industri papan lapis ,malah ada
sesetengah penduduk yang tidak
pentingkan kebersihan contohnya
53.8% mengalami masalah habuk .
Di samping itu ,pokok -pokok
di kawasan itu kurang yang boleh
menghalang bunyi bising .oleh yang demikian ,penanaman pokok
dipinggir jalan dan bandar perlu dilakukan
dalam usaha mengawal aktiviti
bandar .selian itu dengan adanya pokok ia boleh mewujudkan
keindahan ,kerana pokok boleh
berfungsi sebagi penampan
bunyi bising akibat kegiatan
ekonomi ,lalulintas yang sibuk di jalan C. Y. Choy.
Penanaman pokok di pinggir jalan dan bandar
perlu dilakukan dalam usaha untuk mengawal kegiatan aktiviti bandar yang tidak
terkawal, mewujudkan keindahan dan berfungsi sebagai penampan bunyi bising
akibat kegiatan ekonomi dan alulintas yang sibuk di kawasan kajian.
Berdasarkan kajian yang telah
dibuat melalui soal selidik ,sebanyak
50% berpuas hati dan 50 % lagi tidak berpuas hati dengan kemudahan yang
ada di kawasan itu .Jika di lihat
dari segi sistem perparitan
tidak begitu memuaskan kerana
terdapat sampah sarap ,minyak
enjin dari bengkel motor kedalam longkang dan mengalir ke
sungai pinang yang akhirnya akan membawa masalah banjir dan kawsan
itu di naiki air,kerana san[pah yang di buang akan menyebabakan sistem perparitan menjadi tersumbat .Selain itu
,kemudahan dari segi pondok telefone juga tidak memuaskan ,walaupun banyak pondok telefone tapi tidak berfungsi sepenuhnya dan dari segi
ruang meletak kereta juga tidak
mencukupi di kawasan C.Y.Choy. oleh
yang demikian peningkatan mutu infranstruktur amatlah diperlukan
untuk memberi keselesaan kepada penduduk
Satu pengurusan pembuangan sisa
pepejal dan buangan berjadual yang cekap perlu dilaksanakan. Ini bagi memastikan sisa-sisa buangan
domestik dan air kotoran dirawat di loji rawatan atau pembentungan pusat
secukupnya sebelum ianya di buang ke dalam longkang, ke Sungai Pinang dan
seterusnya ke laut. Di samping itu juga
ia dapat mengatasi masalah banjir akibat sistem perparitan yang tersumbat
ekoran pembuangan sampah yang tidak terkawal.
Konsep hijau dan
bersejarah ekoran dari langkah penanaman pokok di pinggir jalan. Di samping
dapat mengatasi masalah hingar dan indah, konsep ini juga dapat mengatasi
masalah pencemaran udara yang berpunca dari aktiviti ekonomi dan pelepasan asap
kenderaan bermotor bagi lalulintas di kawasan kajian. Penanaman pokok akan memberikan udara yang nyaman dan mewujudkan
ketenangankepada penduduk, pelanggan dan pelancong di mana kawasan kajian turut
menyimpan khazanah bersejarah.
Pelaksanaan pengurusan lalulintas
yang cekap perlu di buat bagi mempertingkatkan aliran lalulintas dan
mengurangkan laluan ' berhenti - terus ' di mana mewujudkan kebisingan yang
tinggi dan mengeluarkan asap yang banyak.
Jika perlu laluan alternatif dirancang supaya laluan terus ( through
traffic ) dapat di buat agar tidak melalui kawasan kediaman.
Lorong untuk orang
awam. Satu ruang untuk
masyarakat berjalan dari
satu tempat ke satu
tempat lain contohnya dari
rumah ke pasar kita
boleh membina jejantas untuk
pejalan kaki melintas. Ini akan
menjamin keselamatan kepada pejalan kaki memandangkan jalan di
situ terlalu sibuk. Masyarakat perlu
bekerjasama demi kepentingan bersama.